KOTA BHARU – Seorang anggota polis trafik patah pergelangan tangan kanan apabila terlibat dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan ayahanda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di lampu isyarat Pasir Hor di sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 8.15 malam, mangsa, Lans Koperal, Mohd. Fauzee Ibrahim, 32, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi milik Polis Diraja Malaysia sedang mengiringi Sultan Ismail Yahya Petra. Semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal tersebut berlanggar dengan…










