Penghantar gas didakwa tetak tangan lelaki - Utusan Malaysia

Penghantar gas didakwa tetak tangan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 31 Okt. – Seorang penghantar gas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menetak seorang lelaki dengan menggunakan sebilah parang, minggu lalu.

G. Elawarasa, 26, didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Ahmad Akhirudin Bahadom, 34, dengan menetak tangan kiri mangsa menggunakan senjata tersebut di tepi jalan Blok D, Flat Impian Baiduri di sini kira-kira pukul 10.30 malam, 23 Oktober lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau sebat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hakim Hilmiah Yusof bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan melapor diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali selain menetapkan 19 November ini untuk sebutan kes.

Difahamkan, kejadian itu berlaku disebabkan salah faham antara adik Elawarasa dan mangsa berikutan perlanggaran kecil di tepi jalan sebelum tertuduh yang terlihat adiknya dibelasah datang bersama sebilah parang dan mencederakan mangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim sementara tertuduh diwakili peguam Yusri Yusoff. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini