PULAU PINANG 9 Okt. – Awas kepada penggemar papadum di restoran-restoran nasi kandar kerana pengambilan makanan itu secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung. Perkara itu didedahkan menerusi kajian oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendapati papadum iaitu sejenis kerepek yang kerap dihidang di restoran nasi kandar mengandungi natrium atau garam berlebihan sehingga ke tahap memudaratkan kesihatan. Menurut Presiden CAP, S. M. Mohamed Idris, ujian makmal pihaknya terhadap 11 keping papadum mendapati setiap satunya mengandungi lebih 1,000 miligram (mg) garam dengan empat daripadanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya