Pengetua liwat pelajar direman tiga hari - Utusan Malaysia

Pengetua liwat pelajar direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 26 Okt. – Seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini direman tiga hari selepas didakwa meliwat dua pelajar berusia 11 dan 13 tahun.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Butterworth, Ahmad Faiz Md. Zain bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atas suspek berusia 54 tahun itu.

Dia dibawa ke mahkamah pada pukul 10 pagi selepas ditahan di rumahnya petang semalam.

Selasa lalu polis menerima laporan daripada dua mangsa terbabit mendakwa dicabul dan diliwat guru berkenaan ketika berada di asrama sekolah.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan oleh doktor pakar dan salah seorang mangsa akan dirujuk kepada Pakar Psikatrik di Hospital Pulau Pinang kerana dikatakan masih berada dalam keadaan trauma.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Seksual Kanak-Kanak 2017. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN