Pengetua liwat pelajar direman esok - Utusan Malaysia

Pengetua liwat pelajar direman esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 25 Okt. – Seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini akan direman esok bagi membantu siasatan kes cabul dan liwat dua pelajar lelaki baru-baru ini.

NOORZAINY MOHD. NOOR
NOORZAINY MOHD. NOOR 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes itu daripada pelajar berusia 11 dan 13 tahun itu 22 Oktober lalu.

Menurutnya, suspek berusia 55 tahun ditahan di rumahnya hari ini selepas dipanggil memberi keterangan selepas polis menerima laporan itu.

 “Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk pemeriksaan dan salah seorang daripadanya dikatakan berada dalam keadaan trauma serta akan dirujuk kepada Pakar Psikiatri Hospital Pulau Pinang.

 “Suspek akan dibawa ke Mahkamah Butterworth pagi esok untuk mendapatkan perintah reman dan kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 377E Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Seksual Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN