Pengarah universiti ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Pengarah universiti ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang pengarah jabatan sebuah universiti awam di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa membabitkan nilai RM159,000.

Pengarah berusia 53 tahun yang juga seorang pensyarah berpangkat profesor itu ditahan selepas dia hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah kira-kira pukul 11.35 pagi.

Sumber memberitahu, penahanan ke atas individu tersebut dilakukan selepas dia disyaki telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya dengan meluluskan peruntukan bagi sebuah syarikat milik adiknya.

Peruntukan itu adalah bagi pembelian pelbagai barangan bagi jabatan tersebut antara bulan September 2011 sehingga Mei 2012.

“Pengarah yang bergred Jusa C dari sebuah universiti awam itu didakwa melakukan kesalahan itu mengikut di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan pengarah universiti tersebut.

“Dia akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini pada pukul 9 pagi esok (hari ini) untuk pertuduhan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN