JAKARTA 31 Okt. – Menteri Pengangkutan Indonesia memecat Pengarah Teknikal syarikat penerbangan Lion Air dan beberapa petugas teknikal selepas pesawat JT610 terhempas bersama-sama 189 penumpang. Budi Karya Sumadi berkata, beliau telah memecat mereka atas alasan kemalangan berkenaan. Namun tidak dipastikan sama ada pemecatan bersikap sementara atau kekal. Ketua Eksekutif Lion Air, Edward Sirait memberitahu Reuters, beliau tidak menerima sebarang arahan daripada menteri terbabit. – Reuters










