Pengarah syarikat didakwa pecah amanah RM5.3 juta - Utusan Malaysia

Pengarah syarikat didakwa pecah amanah RM5.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 9 Okt. – Seorang pengarah syarikat pembinaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang milik syarikatnya berjumlah RM5.3 juta, empat tahun lalu.

Yee Wee Kiong, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu di Hong Leong Bank cawangan Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini antara 31 Mac 2014 dan 29 Mac 2016

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh sebagai pengarah syarikat MEACS Construction Sdn. Bhd. yang telah diamanahkan dengan harta iaitu 57 keping cek bernilai RM5.3 juta telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan harta tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asyraf Ashy’ari Kamaruzaman sementara tertuduh diwakili peguam Vivek Sukumaran. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini