REMUK-redam hati apabila impian untuk hidup bersama lelaki kesayangan hancur berkecai. Mahligai perkahwinan yang selama ini dirancang kemas itu tidak terjadi. Entah macam mana, cinta pelakon ini terhadap jejaka berasal dari Indonesia tidak kesampaian. Selepas setahun menjalin hubungan, masih tiada apa-apa yang boleh menjamin hubungan berkenaan. Akhirnya, wanita berusia 28 tahun ini nekad untuk berhenti menanam impian indah itu. Kini tidak ada gunanya lagi kerana lelaki itu sudah tiada lagi…










