KINABATANGAN – Seorang pemungut kelapa sawit bukan sahaja terpaksa hidup menanggung suami yang menganggur tetapi lebih malang dia akhirnya menjadi mangsa bunuh suaminya itu dalam kejadian di sebuah rumah pekerja di Ladang Pintasan 5B di sini kelmarin.
Dalam tragedi pada pukul 8 pagi, mangsa seorang wanita Indonesia berusia 27 tahun ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan kepala, muka, badan dan kaki mempunyai kesan ditetak.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, A. Sahak Rahmat berkata, pihak polis bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian pembunuhan yang berlaku di rumah pekerja ladang kelapa sawit.
Menurut beliau, polis yang tiba menemui mayat mangsa di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian.
“Pemeriksaan fizikal mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan di muka sebelah kiri, kepala dan bahagian belakang kepala.
“Pergelangan tangan kanan mangsa hampir putus manakala tiga jari kanannya putus. Cebisan jari wanita itu ditemui di dapur rumah,” kata beliau semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










