IPOH 22 Okt. – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya di Kanthan Baru dekat Chemor pada awal bulan ini. Tertuduh, You Poh Khoon, 52, mengangguk tanda faham sebaik sahaja pertuduhan dalam bahasa kantonis dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret Siti Hafiza Jaafar. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian You…









