Pengalaman ngeri, menakutkan - Utusan Malaysia

Pengalaman ngeri, menakutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 12 OKT. – Itulah pengalaman misteri dan menakutkan yang dirasai oleh penulis ketika menyer­tai acara pelancaran karnival tahunan Sunway Lagoon iaitu Night of Fright 6 di taman tema yang terletak di Petaling Jaya, Selangor itu, baru-baru ini.

Dalam acara memasuki tahun keenam itu, terdapat beberapa ruangan seram dan menakutkan disediakan untuk pengunjung antaranya Wendigo-The Lagend In The Mist, Phobia: Coulphobia-The Fear of Clowns, Slaughterhouse 13 dan Zombie Zoo.

Pengurus Besar Sunway Lagoon, Sean Choo berkata, pasukannya bekerja keras untuk memenuhi jangkaan orang ramai dengan menawarkan elemen ketakutan yang pasti tidak boleh dilupakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berharap orang ramai mengambil kesempatan memanfaatkan masa terluang di hujung minggu dengan membawa keluarga untuk mengalami sendiri ‘alam mistik’ dan dunia pembunuhan seperti yang ditonton mereka di filem seram Hollywood,” katanya.

Meskipun karnival yang berlangsung hingga 31 Oktober ini mempunyai sisi penuh mendebarkan, ia tetap mencuri perhatian pengunjung.

Tidak sekadar memaparkan elemen ketakutan daripada pelbagai filem seram terkenal di seluruh dunia, malah karnival ini turut menampilkan elemen mistik dalam kalangan masyarakat tempatan.

Sebuah ruang yang dikenali sebagai Jampi, memberi pe­­luang kepada pe­ngunjung berjumpa ahli sihir Salem, du­kun Melayu, ahli sihir India dan ahli sihir Cina dengan aksi ‘memuja’ dan membaca ‘mantera.’

Anda yang ingin merasai sendiri pengalaman yang menakutkan ini dan mengurangkan rasa ketakutan, karnival ini mungkin boleh dijadikan destinasi pilihan anda pada hujung minggu ini.

Bagaimanapun anda harus mempersiapkan mental dengan sepenuhnya.

Ini kerana ia pasti menjadi pengalaman yang menghantui tidur anda pada setiap malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini