KETUA Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic berjanji mencurahkan segala pengalamannya untuk membantu Perak menamatkan kemarau kejuaraan 18 tahun selepas kali terakhir menggenggam Piala Malaysia pada edisi 2000. Durakovic boleh dikatakan memiliki kepakaran untuk menjulang trofi keramat bola sepak negara itu selepas pernah memenanginya ketika mewakili Selangor sebagai pemain sebanyak tiga kali dan sewaktu bergelar Jurulatih Selangor pada musim 2015. Kini, pengendali dari Australia itu berharap dapat meraih keputusan positif menjelang aksi final Piala Malaysia 2018 menentang Terengganu Football Club I (TFC I) di Stadium Shah Alam malam ini. Kata Durakovic, atas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya