KUALA LUMPUR 6 Okt. – Pengajar rancangan Muqaddam yang popular sekitar awal 1970-an, Tan Sri Hassan Azhari meninggal dunia pada pukul 5.07 petang hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana menghidap kanser limfoma tahap empat. Menurut menantunya, Mohd. Hazli Hassan, Allahyarham dimasukkan ke HKL Ahad lalu selepas disahkan menghidap penyakit itu. “Jenazah akan dibawa ke rumahnya di No. 2 Persiaran Keramat Hujung sebelum dikebumikan,” katanya kepada Utusan Online di…










