KUALA LUMPUR 29 Okt. – Pengadil tempatan perlu diberi peluang menimba pengalaman dan pendedahan untuk membolehkan mereka dipilih oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi mengendalikan perlawanan di peringkat antarabangsa. Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John menegaskan, jika pengadil tempatan tidak diberi pendedahan terbaik, mereka bakal terlepas peluang mengadili perlawanan peringkat tertinggi dunia. “Bagaimanapun saya tidak kata, keputusan membawa pengadil luar untuk mengendalikan beberapa perlawanan utama perkara yang tidak…










