Pengadil gagal kawal permainan - Irfan - Utusan Malaysia

Pengadil gagal kawal permainan – Irfan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Okt.- Pengendali Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata, pengadil perlawanan, Suresh Jayaraman sepatutnya mampu mengawal situasi sejak dari awal permainan lagi supaya kemeriahan perlawanan akhir Piala Malaysia antara skuad bimbingannya menentang Perak tidak terjejas, semalam.

Bagaimanapun, Irfan enggan menyalahkan mutu pengadilan sepenuhnya sebagai punca kekalahan Terengganu, tetapi sebaliknya mengakui, kegagalan barisan serangan menyudahkan beberapa peluang keemasan menjaringkan gol menyebabkan mereka terlepas menjulang trofi berprestij tersebut.

“Dari awal lagi dia (Suresh) patut kawal perlawanan dengan baik, tambahan perlawanan dibanjiri 75,000 penyokong di stadium.

“Sukar untuk mempercayai keputusan ini selepas kami mendahului 2-0 dan lawan kemudian bangkit menyamakan kedudukan pada masa sebenar dan ia sekali lagi terjadi pada masa tambahan ketika kami mendahului 3-2.

“Kami tidak kalah sebenarnya tetapi kalah untuk mendapat piala, saya memuji pemain-pemain saya. Kami sepatutnya memadamkan semangat kebangkitan Perak pada babak pertama dengan menjaringkan tiga gol, namun peluang yang diperolehi gagal dimanfaatkan sebaik mungkin,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan di Stadium Shah Alam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN