PASIR PUTEH 14 Okt. – Penduduk Kampung Dalam Rhu, dekat sini, meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) memperbaiki segera pintu gerbang yang rosak di jalan utama ke Pantai Bisikan Bayu yang didakwa membahayakan pengguna di laluan berkenaan. Seorang penduduk, Sukri Jusoh, 38, berkata, pintu gerbang itu semakin mereput dan sering menjatuhkan sisa binaan yang rosak ke tengah jalan. Baru-baru ini, katanya, seorang penunggang motosikal menjadi mangsa terkena serpihan kayu yang jatuh sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk di bahagian kepala. Menurutnya, penduduk sudah lama melaporkan kerosakan pintu gerbang yang berusia 28 tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya