KLANG 29 Okt. – Seakan-akan rasa bersalah kerana mencuri duit tabung surau, seorang pencuri meninggalkan nota permohonan maaf selepas melarikan RM250 dalam kejadian di Surau Haji Wahidon, Kampung Sementa di sini, semalam. Nota yang ditulis oleh pencuri iaitu ‘Aku berjanji apabila aku bekerja, aku akan pulangkan semula duit yang dicuri RM250. Saya minta maaf’. Menurut seorang jemaah, Muhammad Saifuddin Sayuti, 25, kejadian itu disedari bilal surau berusia 60-an ketika dia…










