JAKARTA 31 Okt. – Pencarian pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di laut bersama-sama 189 penumpang akan diperluaskan sehingga 24 kilometer nautika dari lokasi ketika terputusnya hubungan pesawat itu dengan pihak berkuasa, kata pegawai kumpulan mencari dan menyelamat.
Kini telah hampir pasti kesemua yang menaiki pesawat itu meninggal dunia namun ahli keluarga mangsa mahu mencari saki baki peninggalan mangsa walaupun hanya cebisan mayat dan serpihan ditemukan.
Indonesia telah menghantar sekumpulan penyelam untuk mencari pesawat itu termasuk menggunakan `alat pendeting’ menyasarkan bahagian perakam kokpit dan mencari punca kebanyakan pesawat baharu terhempas di laut beberapa minit setelah berlepas.
Saksi Reuters melaporkan, seramai 60 penyelam memasuki air laut yang keruh dengan kedalaman 35 meter manakala sebanyak 36 kapal turut membantu operasi pencarian.
Hanya serpihan, barangan peribadi termasuk sebanyak 52 kad pengenalan dan pasport serta cebisan mayat ditemukan di pantai wilayah Karawang, timur Jakarta. – Reuters










