Penambahbaikan SOP operasi menyelamat bergantung kajian jawatankuasa berkecuali - Utusan Malaysia

Penambahbaikan SOP operasi menyelamat bergantung kajian jawatankuasa berkecuali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penambahbaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) operasi menyelamat melibatkan air deras dan waktu malam bergantung kepada kajian jawatankuasa berkecuali yang dilantik kerajaan bagi menyiasat insiden enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang lemas dalam operasi menyelamat baru-baru ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, jawatankuasa itu yang dianggotai profesional, badan bukan kerajaan dan pakar berkaitan akan memberi laporan tepat kepada kementerian seterusnya cadangan mereka sekiranya ada untuk penambahbaikan SOP sedia ada.

“Mereka ini berperanan untuk mendapatkan maklumat, fakta, keterangan dan penjelasan tepat mengenai insiden berkenaan dan mereka akan lihat sama ada wujud keperluan untuk tambah baik SOP atau kaji semula,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) yang mahu tahu langkah kementerian untuk menambah baik SOP operasi menyelamat melibatkan air deras dan pada waktu malam bagi mengelak kejadian yang menimpa enam anggota bomba berkenaan daripada berulang.

Pada 3 Oktober lepas, enam anggota bomba daripada Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Selangor berkenaan  terkorban ketika menjalankan usaha mencari dan menyelamat seorang remaja di kawasan lombong di Puchong, Selangor. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN