Penalti tidak adil – Loew - Utusan Malaysia

Penalti tidak adil – Loew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 17 Okt. – Joachim Loew menegaskan, keputusan pengadil memberi sepakan penalti saat akhir kepada Perancis ketika pasukannya tewas 1-2 hari ini adalah tidak tepat sama sekali.

Dalam aksi Liga Negara-­Negara UEFA di Stade de France itu, Perancis yang ketinggalan pada minit ke-14 menerusi sepakan penalti Toni Kross, bangkit menerusi dua jaringan Antione Griezmann (minit ke-62 dan 80 (penalti)) .

Kekalahan kedua berturut-turut itu menyingkirkan Jerman daripada separuh akhir selepas hanya mengutip satu mata ketika saingan berbaki satu perlawanan manakala Perancis di tangga teratas menerusi tujuh mata, diikuti Belanda tiga mata.

Penalti Griezmann hadir ketika perlawanan berbaki 10 minit selepas kaki Mat Hummels terkena Blaise Matuidi semasa me­lakukan cabaran, dan pengadil Milorad Mazic menghadiahkan penalti kepada tuan rumah.

Loew menyifatkan Perancis bernasib baik berjaya meraih kemenangan, selain menegaskan skuad kendaliannya adalah setaraf juara dunia itu.

“Ia bukan penalti. Mats tidak menyentuhnya. Matuidi terpijak kakinya sendiri.

“Prestasi kami setaraf juara dunia tetapi kami tidak menja­ringkan gol kedua pada separuh masa pertama.

“Kami tidak bernasib baik kerana perlawanan tidak memihak kepada kami,” kata jurulatih Jerman itu kepada media.

Ini kekalahan kedua berturut-turut buat Jerman dalam tempoh tiga hari selepas dibenam 3-0 oleh Belanda di Amsterdam.

Keputusan terburuk skuad Die Mannschaft dalam tempoh 18 tahun itu juga meletakkan kedudukan Loew semakin ‘panas’.

Nasibnya kini mungkin ditentukan selepas aksi terakhir Kumpulan 1 menentang Belanda di Gelsenkirchen, 19 November.

Sementara itu, pengendali Pe­rancis, Didier Deschamps yakin pasukannya akan muncul juara kumpulan dan menewaskan Belanda di Rotterdam pada 16 November ini.

“Kami menunjukkan prestasi baik dan menghampiri sasaran muncul juara kumpulan, namun kemena­ngan hari ini tidak hadir dengan mudah kerana Jerman lawan yang sangat kuat,” kata Deschamps. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN