Pemuda UMNO gesa Ahmad Zahid bercuti - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO gesa Ahmad Zahid bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO hari ini menggesa Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar dapat mempertimbangkan untuk bercuti buat seketika daripada menjalankan tugas sehingga kes di mahkamah selesai.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi berkata, gesaan itu agar Ahmad Zahid diberikan peluang untuk memfokuskan usaha membersihkan nama di mahkamah. 

“Bagi Pemuda, rehat daripada menjalankan tugas sebagai Presiden bukanlah bermakna Ahmad Zahid di anggap sudah bersalah.

“Pemuda tetap berpendirian, selagi tidak disabitkan hukuman, beliau berhak dilayani sebagai seorang yang tidak bersalah berasaskan prinsip Islam dan perundangan,” katanya pada sidang akhbar selepas selesai mempengerusikan mesyuarat bulanan selama tiga jam di sini hari ini.

Ditanya individu yang sesuai untuk memangku jawatan Presiden jika cadangan agar Ahmad Zahid berehat diterima, Asyraf berkata, perkara itu akan diputuskan Mesyuarat Tertinggi UMNO kelak. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN