MELAKA – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan dengan menggunakan kacip dan pisau ke atas pasangan suami isteri warga emas di Kampung Pernu bulan lalu. Tertuduh, Mazlan Ahmad, 41, yang beralamat di Sungai Petani, Kedah mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. Dua lagi sahabat tertuduh, Bakhtiar Jamil, 47, dan Ahmad Mee, 48, sebelum ini juga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan sama. Mereka didakwa pada 1 Oktober lalu. Mengikut pertuduhan, dia didakwa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya