AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee seharusnya bersikap lebih matang dan profesional dalam menjalankan tugas dengan menjelaskan isu penutupan dua jalan alternatif di Taman Akasia, Pengkalan Batu, Melaka.
Sebagai ADUN, beliau tidak seharusnya cepat melatah apatah lagi ketika berhadapan dengan penduduk yang menginginkan penjelasan susulan tindakan penutupan jalan tersebut.
Sebagai sebuah negara yang aman dan makmur, seorang pemimpin perlulah bersikap rendah diri supaya mereka dekat di hati rakyat kerana itu adalah kunci kepada keamanan negara.
Namun, gara-gara sikap ADUN yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai tersebut telah merosakkan imej wakil pemimpin lain.
Tindakan ADUN berkenaan yang kemudian meminta maaf amatlah dihargai dan ia satu tindakan berani.
LAILY MULIATY ALIZAM
Melaka










