Leicester, United Kingdom 29 Okt. – Bilionaire dari Thai dan pemilik Kelab Leicester City antara lima terkorban bila helikopter yang dinaiki mereka terhempas dan meletup berhampiran tempat letak kereta stadium, kelmarin.
Sejak itu penyokong kelab berkenaan terus membanjiri kawasan stadium bagi meletakkan bunga sebagai menghargai Vichai Srivaddhanaprabha – orang yang membawa kelab berkenaan merangkul kejuaraan liga pada 2016.
“Dunia kehilangan seorang yang hebat,” kata kelab dalam kenyataan.
“Leicester City sebagai sebuah keluarga di bawah kepemimpinan beliau. Sebagai sebuah keluarga kami turut bersedih dan kami akan meneruskan cita-cita dan legasi beliau,” katanya.
Sebuah buku untuk ucapan takziah akan disediakan esok dan perlawanan menentang Southampton akan ditunda.
“Semua di kelab berasa sangat tersentuh dengan sokongan yang ditunjukkan oleh keluarga bola sepak dan kesepaduan ditunjukkan dalam situasi getir ini,” kata kenyataan itu.
Polis memaklumkan empat mangsa yang terkorban ialah Nursara Suknamai dan Kaveporn Punpare, dua kakitangan Vichai, iaitu juruterbang Eric Swaffer dan penumpang Izabela Roza Lechowicz.
Vichai, 60, adalah pemilik empayar kedai bebas cukai Thailand dan sering pulang menggunakan helikopter selepas menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium berkenaan.
Beliau dan empat lagi mangsa, yang tidak dinamakan menaiki pesawat berwarna biru itu dan berlepas ketika perlawanan berlangsung dan kedudukan 1-1 dengan West Ham.
Saksi berkata, helikopter itu mengalami masalah teknikal apabila kipas ekornya tidak berfungsi sebagai saja berlepas.
Imej bebola berwarga oren akibat letupan helikopter itu di tempat letak kereta Stadium King Power. – AFP.









