SHAH ALAM 23 Okt.- Seorang pemilik sebuah gimnasium parah ditembak tujuh das dalam satu cubaan bunuh di Jalan Kota Kemuning di sini pagi ini. Mangsa, 45, ditembak menggunakan pistol semi-auto ketika sedang memandu kereta jenis Audi Q7 bersama pembantunya. Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, turut parah terkena tembakan adalah pembantunya yang berusia 43 tahun. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pada awalnya pihaknya…










