Pemilik gimnasium parah ditembak pada hari lahir - Utusan Malaysia

Pemilik gimnasium parah ditembak pada hari lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Dua lelaki termasuk seorang pemilik gimnasium parah ditembak pada hari lahirnya hari ini oleh sekumpulan suspek dalam kejadian di Jalan Kota Kemuning pagi tadi. 

Kejadian berlaku pukul 10.15 pagi ketika kedua-duanya mangsa berusia 40 dan 43 tahun itu dipercayai dalam perjalanan membeli lampu untuk gimnasium. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya terdahulu menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai memaklumkan terdapat kemalangan jalan raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, bagaimanapun unit peronda (MPV) polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati bukan kemalangan biasa sebaliknya kejadian tembak. 

“Pemilik gimnasium tersebut terkena tembakan pada pipi manakala seorang lagi pekerjanya yang merupakan warga Indonesia di bahagian perut. 

“Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan mewah jenis Audi Q7 yang dinaiki kedua-duanya mangsa menemui tujuh kelosong peluru,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian. 

Kenderaan mewah jenis Audi Q7 yang dinaiki kedua-duanya mangsa tersadai selepas terbabas dalam kejadKenderaan mewah jenis Audi Q7 yang dinaiki kedua-duanya mangsa tersadai selepas terbabas dalam kejadian tembak hari ini.

 

Beliau berkata, kedua-duanya mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang di sini dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Jelas Baharudin, berdasarkan siasatan awal kedua-duanya mangsa ditembak menggunakan senjata api jenis semi-auto oleh suspek yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Pajero.

Kosmo! difahamkan tembakan dilakukan suspek adalah dari arah sisi bahagian pemandu. 

“Kita masih menyiasat motif kejadian dengan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini