Pemilihan PKR Melaka diadakan semula - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR Melaka diadakan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Pemilihan PKR di seluruh negeri Melaka akan diadakan semula pada 11 November ini disebabkan kehilangan data pengundi.

Menurut Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, pengundian semula itu hanya untuk mereka yang telah datang mengundi pada 20 Oktober lalu sahaja.

Selain membabitkan enam Cabang di Melaka, tempat lain yang akan turut mengadakan pengundian semula ialah Cabang Jelebu, Negeri Sembilan untuk mereka yang datang mengundi pada 20 Oktober lalu dan Cabang Kuala Selangor, Selangor.

Cabang Labuan dalam Wilayah Persekutuan juga akan mengadakan pemilihan semula bagi Jawatankuasa Wanita Cabang sahaja pada Jumaat ini.

Pengerusi JPP PKR, Datuk Rashid Din berkata, Panel JPP telah berbincang dan menetapkan pengundian semula akan dilakukan atas sebab kehilangan data pengundi, masalah teknikal dan gangguan telekomunikasi.

“Segala urusan dan perjalanan Pemilihan Parti 2018 adalah menurut arahan dan ketetapan JPP dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semasa Pemilihan PKR di Melaka yang diadakan pada 20 Oktober lalu, Rafizi Ramli berjaya mengatasi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk saingan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Berdasarkan keputusan awal, Rafizi memperolehi sebanyak 1,669 undi manakala Mohamed Azmin menerima 1,495 undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN