kuala lumpur – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor fasa kedua di empat cabang melibatkan Selayang, Gombak, Puchong dan Petaling Jaya Utara semalam kecoh berikutan dakwaan kehadiran pengundi hantu selain berlaku pertengkaran antara penyokong calon yang bertanding.
Kekecohan di cabang Selayang berlaku apabila sekumpulan individu yang dipercayai berasal dari Sabah dihalang memasuki pusat pengundian di Bandar Country Homes oleh beberapa ahli parti dan peraih undi yang sangsi dengan kehadiran mereka.
Keadaan semakin kecoh apabila seorang lelaki dalam kumpulan itu mendakwa mereka diarahkan oleh seseorang yang dipercayai calon untuk jawatan peringkat pusat mengundi di cabang berkenaan.
Kekecohan juga tercetus selepas berlakunya pertengkaran antara penyokong Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli yang masing-masing bertanding bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
Beberapa rakaman video pertengkaran antara penyokong kedua-dua pemimpin tersebut yang dipercayai dirakam di pusat pengundian cabang PKR Puchong dan Gombak turut dimuat naik di laman media sosial.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











