KLANG 15 Okt. – Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli beri gambaran jawatan dalam Kabinet bukan penentu kemenangan calon dalam pemilihan parti berkenaan. Beliau berkata, itu hanya sekadar tanggapan biasa kerana adalah agak sukar untuk ‘membaca’ perasaan sebenar ahli parti yang layak mengundi. “Saya penganggur melawan menteri kanan (Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), sepatutnya dah masuk ‘kubur’ lama dah. “Itu tanggapan biasa. Setakat ini dibuktikan tidak benar dalam pengundian (Pemilihan PKR) di enam negeri. Apa-apa tanggapan yang ada mengenai perkara itu, kita kena tunggu keputusan,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya