TANJONG KARANG 28 Okt. – Proses Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tanjong Karang tertangguh sejam gara-gara masalah teknikal komputer.
Pengundi yang sepatutnya membuat undian di Dewan Orang Ramai Sungai Gulang-gulang di sini, pada pukul 10 pagi hanya dapat berbuat demikian mulai pukul 11 pagi.
Namun begitu difahamkan, pusat undian tersebut tetap akan ditutup pada pukul 5 petang tanpa ada tambahan masa. – UTUSAN ONLINE










