Pemilihan PKR Cabang Kuala Langat bermula lewat dan timbul sedikit kekecohan - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR Cabang Kuala Langat bermula lewat dan timbul sedikit kekecohan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Proses pengundian bagi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Langat di Dewan Sri Jugra di sini bermula lewat ekoran hujan lebat yang melanda negeri ini pagi tadi. 

Para pengundi hanya dibenarkan masuk mengundi pada pukul 10.30 pagi meskipun mereka telah beratur seawal 9.30 pagi.

Ekoran kelewatan tersebut, keadaan di pusat pengundian ini sedikit kecoh dan terdapat sebahagian pengundi melaungkan perkataan ‘Rempuh, Rempuh’ untuk memasuki pekarangan dewan.

Bagaimanapun keadaan tersebut dapat dikawal oleh petugas di pusat pengundian sehingga keadaan kembali tenang.

Untuk rekod, kira-kira 14,121 ahli di Cabang Kuala Langat layak mengundi dalam pemiliham PKR kali ini.

Sementara itu, ahli Parlimen Kuala Langat, Dr. Xavier Jayakumar yang juga calon Naib Presiden tiba di pusat pengundian pada pukul 10.40 pagi.

Beliau ketika ditemui memberitahu, menyerahkan segala keputusan kepada pengundi sama ada mahu memilih dirinya mengetuai jentera parti cabang ini.

“Saya menyerahkan segala keputusan kepada pengundi untuk memilih namun yakin ramai akan memilih saya demi perjuangan parti.

“Orang mahu pilih atau tidak, terpulang tetapi sebagai Ahli Parlimen, ramai mahu mengikut saya. Hampir 15,000 pemilih di cabang ini dan saya tidak tahu mereka pilih sapa lagi,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN