Pemilihan PKR Cabang Arau sedikit tegang - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR Cabang Arau sedikit tegang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Arau di Simpang Empat di sini berlaku dalam situasi sedikit tegang berpunca kerana kelewatan proses pengundian selain tindakan peraih undi yang menampalkan pelekat calon tertentu pada kertas pencalonan pagi tadi.

Pengerusi PKR Perlis, Mohammad Faisol Abd. Rahman berkata, tindakan itu mengelirukan pengundi itu selain tidak relevan semasa proses pengundian.

“Jika ingin berkempen dengan menggunakan poster besar pun tidak mengapa tetapi jangan sampai melekatkan pelekat gambar calon tertentu pada kertas pencalonan itu bagi saya tidak perlu sekali.

“Ini tidak adil sama sekali kepada calon-calon bertanding yang lain,” katanya kepada pemberita di Bangunan Perniagaan Asri Mat Isa di Jalan Tengku Budriah, Simpang Empat di sini hari ini.

Proses pemilihan yang melibatkan 2,356 pengundi itu juga bermula agak lewat iaitu pada pukul 10.45 pagi dan dijangka berakhir pada pukul 6.30 petang.

Pemilihan PKR Cabang Arau kali ini melibatkan pertarungan sengit melibatkan calon Ketua Cabang Arau iaitu Izhar Kamarudin Sudin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena, Asrul Nizan Abd. Jalil.

Sementara itu, bagi calon Timbalan Ketua Cabang Arau, Mohammad Faisol menghadapi tentangan sengit K. Manivanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN