Pemilihan PKR: Azmin dahului Rafizi di Kedah - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR: Azmin dahului Rafizi di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 26 Okt. – Fasa satu pemilihan PKR di negeri ini hari ini menyaksikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus mendahului Rafizi Ramli dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti.

Begitu pun, jurang perbezaan antara kedua-duanya tidaklah jauh berbeza dengan Mohamed Azmin sekadar memperoleh kelebihan 117 undi di depan Rafizi dari 10 cabang di Kedah yang menjalankan pengundian hari ini.

Bersandarkan kiraan awal di kesemua cabang tersebut, Mohamed Azmin mendapat 1,148 undi manakala pencabarnya menerima 1,031 undi.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menang di enam cabang iaitu Kuala Kedah, Pendang, Jerlun, Padang Terap, Sik dan Baling sementara Rafizi memperoleh kemenangan di Kubang Pasu, Alor Setar, Pokok Sena dan Langkawi.

Esok sebanyak lima lagi cabang akan menjalankan pemilihan iaitu di Jerai, Sungai Petani, Merbok, Padang Serai dan Kulim Bandar Baharu.

Pengundian semula diadakan di negeri ini selepas berlaku kekecohan ketika pemilihan itu diadakan pada 22 September lepas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN