Pemegang saham perlu selamatkan Utusan - Utusan Malaysia

Pemegang saham perlu selamatkan Utusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Para pemegang saham Utusan Mela­yu (M) Bhd. perlu segera menyelamatkan organisasi itu daripada ‘berkubur’ dan menjadikannya akhbar komersial, bukannya UMNO.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, walaupun me­miliki saham terbesar dalam Utusan, parti itu tidak terlibat dalam urusan editorial dan pe­ngurusan.

Katanya, Utusan perlu dise­lamatkan kerana ia antara akhbar tertua, banyak berjasa kepada masyarakat selain me­rupakan akhbar terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bercakap kepada pembe­rita selepas menghadiri majlis pelancaran buku The End of UMNO? di Bangunan Sulaiman di sini, hari ini, beliau berkata: “Pengarang Utusan tidak semestinya mengikut kehendak parti jika diberi kebebasan.”

Katanya, akhbar itu boleh bebas menulis berita yang boleh dilanggani orang ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini