KUANTAN – Pembubaran Felcra FC disifatkan sebagai amat merugikan dalam usaha pembangunan sukan bola sepak negara. Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia, B. Sathianathan berkata, pembubaran itu juga bakal menutup ruang kepada pemain Felcra FC untuk mengembangkan karier profesional mereka. “Pemain Felcra FC telah bermain bermati-matian untuk menempah slot ke saingan Liga Super musim depan, tetapi impian mereka musnah disebabkan pembubaran itu,” katanya. Bagi saingan Liga Premier musim ini, Felcra…










