KUALA LUMPUR 31 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan pegawainya yang terlibat dalam urus niaga pembelian tanah bernilai RM2 bilion awal tahun ini telah bercuti. Menurutnya, BNM juga telah meminta diadakan satu penilaian semula pembelian tanah Lot 41 itu oleh penilai bebas pada Ogos lalu. “Penilaian tersebut masih berjalan. Bagi memastikan penilaian dalaman ini berjalan dengan lancar, beberapa pegawai BNM yang berkenaan telah memilih untuk bercuti sehingga penilaian selesai,”…










