Pembangunan di lereng bukit perlu kajian terperinci - PM - Utusan Malaysia

Pembangunan di lereng bukit perlu kajian terperinci – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan kerja-kerja pembangunan di lereng bukit seperti projek perumahan dan jalan perlu dilakukan kajian terperinci bagi mengelakkan bencana  tanah runtuh.

Perdana Menteri berkata,  kajian tersebut harus mengambil kira faktor keselamatan, struktur tanah dan faktor cuaca.

Beliau berkata, aktiviti penebangan  pokok di lereng bukit untuk melaksanakan projek pembangunan juga perlu dilakukan secara terkawal supaya tanah tidak gelongsor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bila pokok dipotong tanah terdedah lebih cepat dan jadi lumpur. Apabila nak buat jalan kena kaji dulu apakah ia selamat atau tidak.

“Sekarang banyak pembalakan di Malaysia dan kita lihat banyak tanah runtuh di kawasan bukit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat rumah mangsa ribut pada Ogos lepas di Kuala Teriang di sini sebentar tadi.

Dr. Mahathir berkata demikian mengulas kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus Relau di Pulau Pinang semalam.

Beliau turut menyarankan pembinaan rumah di kawasan berhampiran pantai juga perlu dilakukan kajian untuk mengelakkan ditimpa bencana tsunami. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini