LANGKAWI – Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan hasrat meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas terguris hati dengan perbuatan segelintir pemandu teksi pada sesi dialog di Langkawi Lagoon di sini semalam.
Mahathir dipercayai meluahkan hasrat itu selepas kecewa dengan sekumpulan pemandu teksi yang mencetuskan kekecohan kecil sebelum mereka bertindak keluar dewan pada majlis dialog itu.
Difahamkan kekecewaan pemandu-pemandu teksi Langkawi tersebut disebabkan mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan Mahathir mengenai perkhidmatan e-hailing iaitu Grab yang tidak akan dihapuskan.
“Saya akan letak jawatan kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri.
“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara, dah orang panggil balik.
“Saya hari ni letak jawatan, tak ada masalah bagi saya,” katanya pada program Dialog Bersama Pemandu-Pemandu Teksi Langkawi di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











