Pemandu teksi, e-hailing wajib mencarum Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri - Utusan Malaysia

Pemandu teksi, e-hailing wajib mencarum Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 21 Okt. – Pemandu teksi dan perkhidmatan e-hailing diwajibkan mencarum di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri yang akan dikuatkuasakan bermula bulan depan.

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, sehingga kini seramai 5,197 daripada lebih 100,000 pemandu teksi dan e-hailing telah mendaftar sebagai pencarum.

Katanya, jumlah tersebut amat sedikit berbanding bilangan sebenar pemandu yang layak dilindungi oleh skim berkenaan.

“Hanya lima peratus sahaja pemandu teksi dan e-hailing yang mencarum sedangkan golongan tersebut berisiko terdedah dengan bahaya apabila banyak masa dihabiskan di jalan raya.  

“Pada awal November depan, kita akan mewartakan dan mewajibkan mereka untuk mendaftar dan mencarum dengan Perkeso supaya kerajaan dapat membantu demi kebajikan mereka dan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Bersama Pemimpin Masyarakat peringkat negeri di Dewan Serbaguna Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Ke­sihatan, Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Integrasi Nasional negeri, A. Sivanesan; Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Pengarah Perkeso negeri, Anthony Arul Dass. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN