Pemandu maut selepas ambulans dipandu terbabas - Utusan Malaysia

Pemandu maut selepas ambulans dipandu terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR – Seorang lelaki maut selepas ambulans yang dipandunya terbabas sebelum merempuh penghadang jalan di Kilometer 194.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa, Nuril Anwar Rosdi, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Ahmad Adnan Basri berkata, hasil siasatan awal, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan itu sebelum ia terbabas. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang yang berusia 21 tahun cedera di bahagian kaki kiri dan luka di kening kirinya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Menurut Ahmad Adnan, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat dan penumpang ambulans pula kini dirawat di Hospital Taiping. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini