GERIK – Seorang pemandu bas ekspres maut selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori sebelum melanggar treler membawa muatan dawai besi di Kilometer 38.2 Jalan Raya Timur-Barat di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, mangsa, Mohd. Azizi Abdul Ghani, 37, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal mendapati bas yang dipandu mangsa sedang dalam perjalanan ke Jeli dari arah Gerik. “Tiba di tempat kejadian, mangsa cuba memotong treler…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya