BAGAN SERAI 23 Okt. – Seorang pemandu ambulans maut setelah kenderaan yang dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 194.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.
Nahas kira-kira pukul 5 petang itu mengakibatkan lelaki berusia 22 tahun maut di tempat kejadian manakala seorang penumpang lagi tidak cedera.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika ambulans berkenaan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah menghantar pesakit di Sungai Petani, Kedah.
Memuatkan artikel berkaitan…
Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan tersebut sedang dijalankan oleh pasukan bomba.- UTUSAN ONLINE











