PUTRAJAYA 13 Okt.- Pemakaian kasut berwarna hitam oleh murid serta pelajar di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan akan mula dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 2021. Kementerian Pendidikan dalam kenyataanya berkata, keputusan itu diambil selepas pihaknya mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan. “Pihak berkepentingan itu ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa, guru-guru, murid; pihak pentadbir sekolah; pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pembekal kasut berwarna hitam. “Untuk pelaksanaannya, kementerian…










