Pemaju janji baik pulih rumah - Utusan Malaysia

Pemaju janji baik pulih rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Pemaju projek pemasangan paip pembetungan bagi Langat 2 di sekitar Taman Taming Emas, Taman Bidara dan Taman Berjaya Baru di sini berjanji akan membaik pulih sebanyak 100 rumah yang terjejas sebelum bulan Mac tahun hadapan.

Pengurus Projek Sri Tinggi Sdn. Bhd, Eugene Chong memberitahu, daripada jumlah tersebut kira-kira 50 buah rumah telah dibaik pulih setakat ini.
Menurutnya, kos baik pulih tersebut ditanggung sepenuh­nya oleh pemaju termasuk kos sewa rumah baharu.

Beliau berkata, sebelum ini sebanyak tujuh buah keluarga telah dipindahkan ke kawasan lain demi keselamatan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kami menitikberatkan keselamatan penduduk. Oleh itu, mana-mana rumah yang didapati tidak selamat untuk diduduki selepas diperiksa oleh jurutera, mereka akan diarah­kan untuk berpindah.

“Rumah mereka akan dibaiki mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan bukannya sekadar menampal bahagian retak sepertimana didakwa pendu­duk,” katanya selepas dihu­bungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ba­gi mengulas kebimbangan pen­­duduk di tiga buah taman perumahan mengenai ta­hap keselamatan mereka.
Penduduk mendakwa rumah mereka retak di sana sini berpunca daripada pemasangan paip pembetungan bagi projek Langat 2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini