PEGAWAI serta pemain bola sepak Perlis masih belum menerima bayaran tunggakan gaji walaupun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mengarahkan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) berbuat demikian dalam tempoh 30 hari bermula 3 September lepas. Ketua jurulatih skuad Singa Utara, Manja Man berkata, FAM memutuskan perkara tersebut dalam satu mesyuarat pada 3 September lepas, namun sehingga kini masih belum ada sebarang bayaran dibuat kepada kesemua 37 individu berkenaan termasuk 29…










