Anggota Bomba dan Penyelamat memeluk antara satu sama lain setelah operasi mencari mangsa tertimbus berjaya ditamatkan setelah mendapati tiada lagi mangsa dalam kejadian tanah runtuh di projek pembinaan Lebuh Raya Berkembar di Bukit Kukus, Paya Terubong, Pulau Pinang hari ini. Kejadian tanah runtuh yang berlaku Jumaat lepas meragut sembilan warga asing dan empat cedera.










