Peluang jumpa mangsa hidup tipis - bomba - Utusan Malaysia

Peluang jumpa mangsa hidup tipis – bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 20 Okt. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) percaya peluang untuk menjumpai baki mangsa yang masih hidup dalam tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau ketika ini adalah sangat tipis.

MORNI MAMAT
MORNI MAMAT 

Ketua Cawangan Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Putrajaya, Morni Mamat berkata, hal ini demikian kerana, struktur tanah yang lembut menyukarkan kerja-kerja mencari dan menyelamat mereka.

“Kita akan fokus kepada usaha mengesan mayat atau ‘body recovering’ buat masa ini.

“Kalau ada mangsa yang dijumpai masih hidup, kira ajaiblah,” katanya yang mengesahkan, jumlah yang meninggal dunia setakat ini kekal tiga orang.

Dalam pada itu, Morni memberitahu, kerja-kerja mencari dan menyelamat hari ini akan dibahagikan kepada tiga sektor utama bagi memudahkan usaha tersebut.

“Jarak pencarian bagi setiap sektor dianggarkan sejauh kira-kira 50 meter kerana kesan runtuhan yang agak kuat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN