Pelawa PM sertai UMNO ajakan nakal - Utusan Malaysia

Pelawa PM sertai UMNO ajakan nakal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Pelawaan Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyertai semula UMNO disifatkan sebagai ‘ajakan nakal’.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tidak logik untuk Ahli Parlimen Ketereh itu menjemput ayahnya yang kini mengetuai kerajaan dan negara menyertai pembangkang.

“Saya fikir itu mungkin satu pelawaan nakal, dan sebenarnya tak berapa logik. Bayangkan nak pelawa seorang yang sudah pun memegang jawatan Perdana Menteri merangkap pengerusi parti kerajaan untuk masuk ke parti pembangkang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam perkembangan sama, Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata, ajakan pimpinan UMNO untuk menyertai parti yang ditinggalkan kerana bermasalah adalah tidak relevan.

“Dulu saya dipecat daripada parti manakala, Dr. Mahathir keluar sendiri kerana memang kami tahu dariawal dulu UMNO bermasalah.

“Jadi ketika kita dah berjaya untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN), sekarang ini baru nak pelawa, saya ingat dah terlambat,” katanya.

Semalam, Annuar mempelawa Dr. Mahathir menyertai UMNO susulan Perdana Menteri mengajak ahli-ahli parti UMNO meninggalkan parti tersebut dan menyertai Bersatu. menyertai parti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini