Pelatih payung terjun jatuh atas bumbung rumah - Utusan Malaysia

Pelatih payung terjun jatuh atas bumbung rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING 26 Okt. – Seorang anggota polis yang menjalani latihan payung terjun cedera setelah jatuh ke atas bumbung rumah di Jalan Laksamana, Asam Kumbang di sini hari ini.

Anggota polis berkenaan yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan pada bahagian muka dan kepala.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 11.03 pagi.

PELATIH JATUH
 

Menurutnya, kejadian berlaku ketika anggota polis berkenaan melakukan terjunan dari pesawat ringan pada ketinggian 3,000 kaki atau lebih 914 meter.

“Pada ketinggian 1,000 kaki (304.8 meter), mangsa dipercayai pengsan dan payung terjunnya hilang kawalan dan terbabas ke atas bumbung rumah orang awam.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan kepala. Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN